DeaR bLoG :)
Alhamdulillah ..
syukur kepada Allah ...
18 July 2014 ( jumaat) aku terima surat temuduga dr SPP..
first2 tu bingung gk , ,lupa2 ingat bile masa aku isi borang on9 ??
walhal, mmg aku ada isi pon .
maklumlah , manusia .. pelupa ..
tambah2 br sampai rumah after 4 bulan (1sem) tperap kat shah alam ...
ahahahaha .. bravooo aku boleh bertahan xbalik rumah time midterm ..
dalam perasaan gembira2 ,, tuptap, aku teringat nasib aku bawak balik fail sijil2 aku ..
padahal ari tu dah malas dh nk bawak .. berat lh sgt ( alasan semata2)
so , aku pon terima lh interview ni ,,
mmg hepi ,, jawatan tetap kerajaan kot, duit pencen ..
tu bende yg ada kt kpla otak . .
tapi selang berapa minit,
bpikir pulak, macam mana dgn pengajian degree aku .?
kalau aku dpt twrn keje ni , aku kene tangguh kan degree aku .
sedih pulak bila pikir MYB aku xkan konvo together dgn batch aku skrg if aku dpt twrn keje ni..
(negatif semua tu)
tapi dgn POSITIVE thinking, aku anggap semau ni takdir.
kalau xlulus interview ni , aku boleh jadi kan interview ni sebagai pengalaman ..
b4 ni aku dah penah interview KPLSPM (bidang reka bentuk) kat MAKTAB KENT, TUARAN..
tapi xberjaya , ..(takdir)
disebabkan aku xlulus interview KPLSPM tu lah , aku bergelar builders skrg ni dgn DIPLOMA BANGUNAN dari UITM Sarawak, dan surrently Bsc (Hons) Construction Manangement di UITM Shah Alam.. i.allah July 2015 habis ..dan graduate dalam tahun 2015 jgk .
amin. amin. amin.
Okey berbalik pulak cerita topik di atas ..
berdasarkan kelayakan aku skrg, aku just boleh interview untuk PPPT DH 29 .
DH 41 tu untuk degree holder je ..
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 Dan DH29
1.
| Jawatan | : | Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi |
Kementerian / Jabatan | : | Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia |
Kumpulan Perkhidmatan | : | Pengurusan dan Professional |
Klasifikasi Perkhidmatan | : | Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan |
2. | Jadual Gaji |
| Gred | Jadual Gaji Minimum - Maksimum |
Gred DH29 |
Peringkat | Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Keniakan Gaji Tahunan |
P1 | RM1,588.45 | RM3,575.92 | RM145.00 |
P2 | RM1,689.29 | RM3,801.45 |
P3 | RM1,793.55 | RM4,034.00 |
|
Gred DH41 |
Peringkat | Gaji Minimum | Gaji Maksimum | Kadar Keniakan Gaji Tahunan |
P1 | RM1,916.31 | RM5,474.81 | RM225.00 |
P2 | RM2,023.23 | RM5,789.26 |
P3 | RM2,134.88 | RM6,130.59 |
|
Syarat Lantikan | Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
Kelayakan Untuk Lantikan Terus ke Gred DH29
(a) | (i) |
Diploma dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29 : RM 1,588.45); atau
|
| (ii) | Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,661.95); atau
[Calon-calon yang memiliki Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya akan dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan].
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,735.44); atau
|
| (iii) |
Diploma dalam bidang pertanian/ kejuruteraan/ senibina/ ukur bahan/ ukur tanah/ ukur bangunan/ seni bina landskap/ perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,735.44).
[Calon-calon yang memiliki Sijil Kursus Perguruan Lepas Diploma daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau maktab-maktab perguruan tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya akan dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan].
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH29:RM1,808.94); atau
|
dan
(b)
| kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. |
(c) | (i) | ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,120.73); atau
[Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan]
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94); atau
|
(ii) | ijazah sarjana muda kepujian dengan pendidikan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94); atau |
(iii) | Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94); atau
[Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan]
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,325.14); atau
|
(iv) | Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,222.94); atau
[Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan]
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,325.14); atau
|
(v) |
ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan/ ukur bahan/ ukur tanah/ ukur bangunan/ seni bina landskap/ perancangan bandar dan wilayah yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,325.14); atau
[Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan]
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,427.35); atau
|
(vi) |
Ijazah Sarjana Muda Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,529.56); atau
[Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan]
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,631.77); atau
|
(vii) |
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,733.98);
[Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan]
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,836.19); atau
|
(viii) |
Ijazah Sarjana Muda Perakaunan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,836.19);
[Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan]
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,938.40); atau
|
(ix) |
Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,938.40);
[Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan]
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM3,040.60); atau
|
(x) |
ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,631.77); atau
[Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan]
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,733.98); atau
|
(xi) |
ijazah doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM2,938.40).
[Calon-calon di atas yang memiliki Diploma Pendidikan hendaklah dibayar satu tangga gaji lebih tinggi daripada gaji yang ditetapkan]
(Gaji permulaan ialah pada Gred DH41:RM3,040.60); atau
|
(f) | Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. |
|
Taraf Jawatan | : | Tetap |
Penaklukan Di Bawah syarat-syarat perkhidmatan | : | Pegawai-pegawai yang memasuki skim perkhidmatan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa. |
Fungsi Tugas / Bidang | : | Bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan profesional meliputi aspek-aspek dan aktiviti-aktiviti seperti berikut
- pengurusan pelajar;
- pengurusan organisasi;
- pengurusan dasar;
- penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat;
- jaringan dan kolaborasi; dan
- pengurusan sumber manusia.
|
Tarikh Tutup Permohonan | : | Spanjang masa |
Sumber rujukan : http://aidansoftware.com/client/spp2/index.php/my/maklumat-jawatan/138-pegawai-pendidikan-pengajian-tinggi-gred-dh41-dan-dh29
Ok, dah faham x description tugas DH29/DH41 ..
saban malam aku hadap laptop cari maklumat tntg interview PPPT ni ..
hampir sama dgn interview KPLSPM dl ..
dan aku pon xsure sgn soalan apa yg bakal aku terima berkenaan "building maintenance " ni since kt google xde pon org pnh kne interview utk bidang ni ..
Persediaan aku sederhana sahaja ..
next entry aku cite pulak persediaan dan pengalaman interview aku ..
nak kene ulangkaji lg ni .. Lusa dah nk interview ..
Semoga di permudahkan oleh Allah ..
lagi bulan Ramadhan yg mulia ni ..
amin. amin. amin.
15 hoT g0ssiP !!:
Hi awak.. Mcm mne dgn iv aritu... Kt bhgian sbh rmi tk calon iv aritu... Sy kt putrajaya course penyenggaraan bangunan jugak..
Annyway..good luck ;)
hi jgk .. iv ari tu ok jgk .. ahaha . kne tggu result lh jwbny ,. awk plk cmne ?? btw kt sbb ada 5org calon , tp 2 org je yg dtg icnlude saya .. kt putrajaya ramai x calon bidang kite ni ?
gud luck jgk awak :)
pnmptn thu x kt mne? n bile result kluar ?
Kat putrajaya ritu 16 org wak.. Semua datang .. Tak tau la penempatan kat mana.tp masa sy iv ari tu... Org tu kate sabah..hihi...
Maybe 24 ogos la kot result... Atau end of august..
Berdebarrrr.... keep in touch ye :)
keep in touch too .. boleh add fb sy .. susah plk kt blog ni ,hihih https://www.facebook.com/alinzs92
org tu pun kata kt group saya...akan dihantar ke Sabah
ok . tq :D
Assalamualaikum..awak saya dpt twrn iv tuk jwtn ni..iv bln sept ni..nk tnya..soklan2 yg ditanya byk x?? kira jwtn ni sebagai pengajar/pensyarah la ye?? sbb saya pun macam awak xigt bila mase saya apply..huhu..
sweety : waalaikumsalam ... congrats.. bidang penyelenggaraan bangunan jgk ke soalan tu xde lh byk sgt. depends penemuduga .. jwtn ni mmg as pensyarah .. gud luck nti :)
aslm. ada latest post regarding the interviw tak? nak details skit. haha. sbb tak pernah dpt interview dr jabatan kerajaan, selama ni private sectors je. harap dapat reply. nak tau gak hows the interview. good luck btw!
Nabilah Othman (fb: Nabilah Othman, email nabilah0511@gmail.com)
waalaikumslm.. xsmpt lg nk post tnth iv tu .. i.allah next week sy bt entry baru .. nti sy chat awk kt fb k :) @nabilahothman
bole tlong cter sket sal scope dia x?dpt gak ni intvw..19hb
dh41 course logistic n suply chain
emel sy..mbig431@gmail
tak call spp ?! manatau boleh tau result by call je.. hehehe
salam.. sy nak bertanya,, sy berminat utk menjadi lecturer di kolej komuniti., dan sy pelajar tahun akhir degree in electronic computer engineering.. sy tiada diploma.. andai sy isi borg on9 dan sy dpt panggilan interview sbelum sy grad bulan 9 tahun ni.. di kira sy pemengang jwtan dh 41 jgak ke? boleh ke sy mohon..
waalaikumsalam . xdpt DH41 sbb xde skrol ijazah lg kn :) klo ada diploma blh guna DH29 dulu
tp awak mohon je, kot2 bila dh hbs bljar dpt panggilan iv
Post a Comment